Segaris senyum aku lakarkan buat diriku sendiri.Rahmat apakah yang Allah turunkan buat aku hari ini? Rahmatkah ini sedangkan aku hanya bernasib baik kerana booth kepunyaan Kelab Alam Sekitar, iaitu kelabku sendiri berada berhadapan dengan booth kelab seorang pelajar lelaki yang sudah lama menjadi pujaanku?Pujaan dalam diam-diam.Hanya beberapa teman rapatku sahaja yang mengetahui tentang perasaanku ini padanya, itupun setelah aku didesak beberapa kali oleh mereka supaya menceritakan perihal lelaki yang berjaya mencuri sekeping hati milikku ini.
Faiz Danial.Sebaris nama itu bermain-main di benakku.Sejak dari pertama kali menjejakkan kaki ke universiti ini lagi aku sudah tertarik padanya.Suka pada dirinya, mengagumi karismanya.Aku akui Faiz memang popular dalam kalangan pelajar-pelajar di sini memandangkan dirinya seorang ahli perwakilan pelajar.Namun, aku suka padanya bukanlah kerana dia popular, ada sesuatu pada dirinya yang menarik hatiku.
Tetapi ada hakikat yang harus ku telan, yang telah aku sedaya-upaya terima sejak dari dulu lagi.Mampukah aku memiliki dirinya?Memiliki sekeping hati miliknya bagaikan mustahil buatku, sedangkan dengan aku pun Faiz tidak pernah bercakap, hatta kenal sekalipun tidak.Ya,kebenaran itu pahit untuk ditelan, namun tiada kebenaran tanpa rasa pahit.
Aku memejamkan mata, cuba menghayati bunyi angin.Kata orang, apabila kita berdiam diri dan menumpukan sepenuh perhatian, kita akan dapat mendengar nyanyian merdu sang angin.Itulah keistimewaan sang pencipta.Segunung kesyukuran aku panjatkan.Melalui cara itu, aku peroleh sedikit ketenangan.Biarlah sedikit, asal hatiku tenang.Tetapi ketenangan ku tidak lama.Tiba-tiba ada suara yang memberi salam.Serasanya aku kenal suara garau dan serak-serak basah itu.Ada debar yang datang mengetuk pintu hati.Mungkinkah aku sudah tertidur lalu bermimpi?Tidak, aku tahu aku masih dalam keadaan sedar.
Perlahan-lahan aku membuka mata.Memang aku sudah jangkakan, insan yang tadinya berlegar-legar di dalam fikiran kini berada di sebelahku.Debaran yang tadinya sedikit semakin kencang.Aku cuba melakarkan senyuman buat dirinya tetapi entah kenapa otot-otot di sekeliling wajahku seakan-akan sukar untuk digerakkan.Aku jadi kaku apabila berhadapan dengan Faiz Danial.
"Waalaikummusalam," aku menjawab perlahan.Faiz tersenyum kecil."Pandai awak mencari tempat persembunyian dan tempat mencari ketenangan," dia memecah kesunyian setelah kami terdiam beberapa ketika.
"Tempat mencari ketenangan sudah memadai." aku membetulkan sedikit kata-katanya.Aku bukanlah bersembunyi,cuma mencari ketenangan.
Faiz tertawa kecil, berbekas lekuk di kedua-dua belah pipinya yang putih, membuatkan aku terpesona seketika."Baiklah.Tempat mencari ketenangan, kalau itu sudah memadai buat awak, Reen,"
Aku mengangguk kecil, cuba menyembunyikan debaran di hati.Dari mana dia tahu namaku? "Kenapa awak ke sini?" tanyaku padanya.
"Sama macam awak.Suasana dalam dewan membuatkan kepala saya pening.Lagipun, saya sukakan hujan.Sudah lama bumi kita tak ditimpa hujan.Syukur," Aku cuma mampu mengangguk lagi, tidak tahu untuk membalas apa untuk kesekian kalinya.Aku mengalihkan pandangan ke arah hujan semula, namun aku masih melihatnya dari ekor mata.
Ya Allah, lelaki inilah yang telah mencuri hatiku.Sungguh aku sudah tertawan dengan dirinya.Faiz kelihatan segak hari ini dengan kemeja putih berbelang hitam dan slack hitam.Lengan bajunya sudah dilipat hingga ke paras siku, membuatkan dirinya tampak lebih santai berbanding di dalam dewan tadi.Kot yang tadinya terlekap kemas di badan sudah dibuang dan dipegang di tangan kanannya.Angin yang tiba-tiba berhembus kuat membuatkan aku menguatkan pelukan di tubuhku, cuba menahan kesejukan angin yang kian menusuk.
Tiba-tiba,Faiz mendekatiku dan menyangkut kot yang tadinya dipegang ke bahuku.Hampir-hampir sesak nafas aku kerananya.Terlalu dekat jarak aku dan dia sehinggakan desah nafas Faiz dapat ku dengari.Setelah aku pasti dia sudah tidak lagi dekat dengan diriku, aku berpaling ke belakang, mengerutkan sedikit dahiku.
"Reen gunalah dulu kot saya tu.Sejuk sekarang ni.Nanti awak pulangkanlah balik.Emm..saya kena masuk dulu.Jumpa lagi nanti." dia menolak pintu dewan.
"Faiz...." aku memanggilnya.Langkah Faiz terhenti, dia melihat ke arahku semula.
"Mana awak tahu nama saya?" aku ingin menghuraikan kekusutan di hati.Faiz tersenyum lantas menunjukkan tanda nama yang tersemat kemas di bajuku.Aku mengangguk, itupun saat dia sudah menghilang ke dalam dewan.
Oh...di situlah dia mengetahui namaku.Tidak mengapalah...aku tidak kecewa pun.Sekurang-kurangnya aku berpeluang bercakap dengan dirinya.Sekalipun cukuplah.Aku menarik kot yang digantung Faiz membaluti tubuhku.Aroma pewangi yang dikenakan Faiz masih melekat di kot itu.Keras tetapi lembut.Bau kegemaranku.Perlahan-lahan, aku menghidu aroma itu sepuas-puasnya.
Aku masuk semula ke dalam dewan saat kakiku mula terasa kebas akibat terlalu lama berdiri.Sebelum pergi ke booth milik kelab aku, aku berjalan ke arah booth Faiz terlebih dahulu.Tujuanku hanya satu, ingin memulangkan kot kepunyaan Faiz.Saat aku berada di hadapan booth Faiz, hanya seorang gadis yang kelihatan di situ, Kak Aifa, seniorku yang juga merupakan salah seorang ahli perwakilan pelajar.Aku menghadiahkannya senyuman.
"Ermm...Kak Aifa.Abang Faiz ada tak?" lidahku beku saat menyebut panggilan abang di pangkal namanya.Kak Aifa melihat ke arahku,"Faiz baru balik sekejap tadi.Kenapa, dik?" dia bertanyaku, penuh prihatin.
Aku menggeleng,"Emm..takpelah, kak.Saya pergi dulu tau," aku mengundur diri.Mungkin nanti aku masih boleh menghantar kot Faiz ini.Aku terus ke booth dan melakukan kerja-kerja mengemas, membantu rakan-rakan kelabku.
..................................................................
haha..post yang lame...percubaan..any comment? aku dh lupe plot cte ni..bace and comment ekk.